Friday, July 15, 2016

Majlis Ramahtamah Aidilfitri

9 JULAI 2016

Majlis ini diserikan dengan menjemput tetamu kehormat Yang Berhormat Datuk Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, merangkap ADUN N56 Dalat. Telah diadakan di Dewan Komuniti Kampung Bakong Oya bermula jam 2.00 petang. Antara acara yang dijalankan bermula pada 8 Julai 2016 (Jumaat) ialah :
  • Pertandingan Futsal Tertutup
  • Pertandingan Menyumpit
  • Pertandingan Karaoke
  • Pertandingan Keceriaan lampu hiasan rumah
Yang Berhormat juga telah menyampaikan dua sumbangan wang kepada :
  1. Biro Belia dan Sukan JKKK Kampung Bakong Oya
  2. Biro Agama JKKK Kampung Bakong Oya
Kedua-dua sumbangan ini bertujuan untuk menggalakkan belia untuk terlibat dalam aktiviti sosial yang sihat.

Thursday, May 5, 2016

Hari Keluarga Kg Bakong

28 HINGGA 29 APRIL 2016

Program yang julung kali diadakan mendapat sambutan meriah daripada penduduk setempat. Bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturahim serta hubungan kekeluargaan melalui penganjuran acara sukan, pemeriksaan kesihatan, demonstrasi memadam kebakaran dan acara pentas.
  • Perasmian naiktaraf Pusat Pemprosesan Kuih Asli Kampung Bakong
  • Perasmian naiktaraf perkarangan Surau Kampung Bakong

Sunday, April 3, 2016

Mesyuarat AJK JKKK Bakong Oya

Mesyuarat AJK Bilangan 3/2016
 
3 April 2016 (Ahad)
2.00 petang
Dewan Serbaguna


PROGRAM HARI KELUARGA 2016

           Agenda utama mesyuarat ini adalah untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan Program Hari Keluarga Kampung Bakong 2016. Selain AJK JKKK, Ketua Ranting Wanita PBB dan KRT turut dijemput bersama kerana program ini melibatkan semua cabang berkaitan. Tarikh yang dicadangkan adalah pada 17 April 2016 (Ahad) dan kemuncak perasmian pada 19 April 2016 (Selasa) dengan jemputan VIP adalah Yang Berhormat Datuk Hajah Fatimah Abdullah.

           Semoga dengan laporan ringkas ini dapat memaklumkan kepada semua penduduk Kampung Bakong yang jauh dan dekat tentang aktiviti yang bakal dijalankan. Pendekatan JKKK kali ini melalui inisiatif Setiausaha untuk melaporkan perkara-perkara berkaitan secara umum supaya semua boleh mengetahui dan mengikuti perkembangan terkini aktiviti-aktiviti di kampung halaman.

Tuesday, March 29, 2016

Projek Jalan Gelanggang Futsal

Pembinaan bermula : 15 Februari 2016





Jalan siap dibina pada : 13 Mac 2016



Thursday, March 17, 2016

Penyelenggaraan Jalan Tuan Day

Tarikh Laporan Kerosakan :  1 Februari 2016



Tarikh Siap Penyelenggaraan :  26 Februari 2016



Visit Our Partner Page : Haris Reload Group

Monday, March 14, 2016

Gotong Royong Bersama Politeknik

GOTONG ROYONG BERSAMA POLITEKNIK
PADA 27 FEBRUARI 2016


Gambar oleh : HAIRY BIN NAWI

Visit Our Partner Page : Haris Reload Group

Wednesday, February 17, 2016

Logo Rasmi JKKK


"BERAKAR PADI BERSATU HATI"

Dalam sebuah organisasi seperti JKKK, logo adalah simbol yang melambangkan latarbelakang kampung berkenaan. Ia sebagai pengenalan kampung kepada orang luar, bukan saja akan terpampang di papan tanda di dalam kampung malah akan digunakan dalam kepala surat rasmi, lencana, baju rasmi JKKK dan banner majlis-masjlis rasmi anjuran JKKK.

Dengan itu, logo JKKK KBO direkabentuk mengambil kira motto yang digunakan iaitu "Berakar Padi Bersatu Hati". Berikut adalah penerangan logo di atas :
  1. Tangkai Padi - Adalah hasil pengeluaran ekonomi utama penduduk Kampung Bakong.
  2. Pokok Rumbia - Adalah hasil sekunder ekonomi penduduk Kampung Bakong.
  3. Bentuk Hati - Perpaduan bermula dari kesatuan hati setiap penduduk, ia penting dalam usaha menjayakan perancangan bersama-sama.
  4. Warna Merah - lambang keberanian, hati mesti teguh dan yakin dengan sifat berani.
  5. Warna Kuning - lambang kemuliaan, hati yang mulia memupuk perpaduan
  6. Warna hijau - lambang kesuburan hasil tanaman rumbia dan padi
  7. Warna perang - lambang kemakmuran, hasil tanaman padi yang membawa berkat
  8. Simpulan Tali - simbol kerjasama mengusahakan perpaduan dan ekonomi penduduk


Visit Our Partner Page : Haris Reload Group

Thursday, February 11, 2016

AJK JKKK Kg Bakong

AJK JKKK KG BAKONG, OYA
SESI 2016-2018

 (Click here to view large image)


Visit Our Partner Page : Haris Reload Group

Kata Aluan Setiausaha


Salam sejahtera,

               Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada tuan Pengerusi JKKK Kg Bakong, Oya, Encik Mohd Senusi @Mohd Saupi Brahim kerana memberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai Setiausaha JKKK bagi sesi 2016-2018. Bagi saya, tugas ini amat penting dalam sesebuah JKKK sebagai pembantu pengerusi dalam urustadbir dan pengurusan dokumentasi yang menjadi penghubung kepada pelbagai pihak. Sudah pasti banyak cabaran namun bagi memastikan perlaksanaan tugas dapat dilakukan maka ia semestinya perlu dihadapi dengan baik.

Justeru itu, dalam tempoh 3 tahun akan datang banyak pengalaman yang akan dapat ditimba dan semestinya juga banyak pembaharuan bakal dilakukan dengan kerjasama AJK JKKK yang lain. Ini bukan kerja perseorangan, bagi menjayakannya perlu diusahakan secara berpasukan dan kadang-kadang keputusan perlu diputuskan segera tanpa menghiraukan suara-suara sumbang yang berkumandang.

Jika tidak demikian, satu kerja dan usaha pun takkan menjadi dan ia boleh merencatkan proses pembangunan dan kemajuan kampung dan komuniti. Oleh yang demikian, terlebih dahulu saya mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama yang bakal diberikan oleh semua AJK JKKK dan penduduk kampung.

Salah satu daripada pembaharuan awal yang bakal saya akan usahakan adalah mewujudkan laman blog ini, sebagai wacana untuk memaparkan hasil-hasil pembangunan yang diusahakan oleh JKKK Kg Bakong serta aktiviti-aktiviti yang dilakukan bersama-sama dengan penduduk kampung, sama ada di peringkat komuniti setempat mahupun komuniti luar.

Dengan ini, mana-mana warga Kg Bakong yang jauh di perantauan dapat mengikuti perkembangan aktif di kampung dan ini sudah tentu dapat memberi keyakinan untuk mereka turut bersama-sama memberi sumbangan setakat yang mampu sama ada dari segi kewangan dan tenaga (apabila balik ke kampung halaman) dalam membantu meningkatkan lagi proses pembangunan dan kemajuan Kg Bakong.

Malah, pihak luar dan mereka yang berkenaan juga boleh melihat hasil pembangunan dan kemajuan yang telah dicapai di Kg Bakong. Secara tidak langsung melaporkan aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan bersama oleh JKKK dan penduduk kampung. Dengan kemajuan teknologi maklumat dan perubahan zaman, generasi Y turut memainkan peranan penting bagi memperbaiki fungsi dan pendekatan JKKK. Idea baru daripada generasi muda perlu diterapkan bersama dengan pengalaman "orang lama" supaya tidak ketinggalan dari arus pembangunan yang semakin pesat dan pantas pada masa akan datang.

Akhir kata, semoga dengan usaha ini dapat memberi manfaat bukan saja kepada JKKK dan penduduk Kg Bakong, malah mereka yang turut terlibat secara langsung dan tidak langsung. Sekali lagi saya dahului dengan jutaan terima kasih atas lantikan ini serta kerjasama yang akan diberikan oleh AJK JKKK dan penduduk kampung.


HAIRY BIN NAWI
Setiausaha JKKK Kg Bakong, Oya
Sesi 2016-2018


"Berakar Padi Bersatu Hati"



Visit Our Partner Page : Haris Reload Group