"BERAKAR PADI BERSATU HATI"
Dalam sebuah organisasi seperti JKKK, logo adalah simbol yang melambangkan latarbelakang kampung berkenaan. Ia sebagai pengenalan kampung kepada orang luar, bukan saja akan terpampang di papan tanda di dalam kampung malah akan digunakan dalam kepala surat rasmi, lencana, baju rasmi JKKK dan banner majlis-masjlis rasmi anjuran JKKK.
Dengan itu, logo JKKK KBO direkabentuk mengambil kira motto yang digunakan iaitu "Berakar Padi Bersatu Hati". Berikut adalah penerangan logo di atas :
- Tangkai Padi - Adalah hasil pengeluaran ekonomi utama penduduk Kampung Bakong.
- Pokok Rumbia - Adalah hasil sekunder ekonomi penduduk Kampung Bakong.
- Bentuk Hati - Perpaduan bermula dari kesatuan hati setiap penduduk, ia penting dalam usaha menjayakan perancangan bersama-sama.
- Warna Merah - lambang keberanian, hati mesti teguh dan yakin dengan sifat berani.
- Warna Kuning - lambang kemuliaan, hati yang mulia memupuk perpaduan
- Warna hijau - lambang kesuburan hasil tanaman rumbia dan padi
- Warna perang - lambang kemakmuran, hasil tanaman padi yang membawa berkat
- Simpulan Tali - simbol kerjasama mengusahakan perpaduan dan ekonomi penduduk
Visit Our Partner Page : Haris Reload Group
No comments:
Post a Comment